Tahap Komunikasi Ibu Bapa Mempengaruhi Penyimpangan Akhlak dalam kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Universiti Selangor

Main Article Content

Liana Ab Latif
Nur Qurrotu’ Aini Abdul Rahman

Abstract

Penyimpangan akhlak merupakan suatu isu yang menjadi kebimbangan masyarakat kita pada hari ini. Ia dilihat aspek pergaulan, pemakaian dan juga tingkah laku remaja yang semakin melampau pada zaman era moden ini.  Justeru, kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan komunikasi ibubapa yang mempengaruhi penyimpangan akhlak di kalangan mahasiswa Pengajian Islam di Universiti Selangor. Kajian ini juga untuk mengenalpasti pengaruh komunikasi ibubapa terhadap akhlak para mahasiswa Pengajian Islam di Universiti Selangor. Kajian ini turut mengkaji inisiatif dapat dilakukan bagi mengatasi keberkesanan komunikasi ibu bapa dalam membendung penyimpangan akhlak mahasiswa Pengajian Islam khususnya di Universiti Selangor. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Borang soal selidik dibina berdasarkan persoalan yang dapat menjawab objektif kajian ini. Responden adalah terdiri daripada 30 orang pelajar mahasiswa Pengajian Islam Universiti Selangor. Seterusnya, dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan keputusan yang positif. Ini menunjukkan bahawa komunikasi ibu bapa menjadi pengaruh penting bagi pembentukan akhlak seseorang mahasiswa. Ini kerana dengan keakraban komunikasi ini dapat membantu mahasiswa daripada menghadapi masalah seperti masalah mental, kecelaruan atau sebagainya. Oleh itu, kajian ini dapat menambahbaik tahap komunikasi ibu bapa terhadap pembentukan akhlak mahasiswa yang unggul pada zaman globalisasi sehingga dapat mempengaruhi tahap pemikiran, serta tingkah laku seseorang pelajar.

Article Details

Section
Education and Social Sciences