Kaedah Penternakan Udang Galah (Kajian Kes di sebuah Kolam Penternakan Udang Galah di Negeri Perak)

Main Article Content

Irny Suzila Ishak
Intan Faraha A. Ghani
Sharr Azni Harmin
Rohaya Abu Hassan
Salyani Osman
Mohamed Faisal Abdul Waduth
Wan Hassan Basri Wan Ismail

Abstract

Menurut Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia, masalah utama industri penternakan udang galah tidak berkembang adalah kerana syarikat besar kurang menyertai industri ini. Ini kerana industri penternakan udang galah mempunyai risiko yang tinggi . Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kaedah penternakan udang galah, isu-isu serta teknologi dalam penternakan udang galah.


Kajian ini dimulakan melalui pengenalpastian usahawan kolam ternakan udang galah daripada Pejabat Perikanan Negeri. Kajian dilaksanakan melalui perbincangan meja bulat dengan penternak udang galah dan pemerhatian lawatan tapak.


Berdasarkan kajian, didapati terdapat lapan proses utama penternakan udang galah yang dilaksanakan oleh penternak yang ditemui. Antara isu dan masalah yang dihadapi penternak adalah masalah pengudaraan oksigen, penjagaan kualiti air, ancaman racun dan masalah bakteria. Setakat ini, teknologi yang digunakan lebih kepada teknologi mekanikal untuk memasukkan air kolam dan memasang kincir air.


Penternak udang galah amat berminat sekiranya ada teknologi ICT dan IOT yang berupaya memantau kualiti air dan oksigen bagi mengelakkan udang mati dan menyebabkan kerugian kepada penternak. Selain daripada itu, sistem atau aplikasi yang boleh merekod jumlah dan jenis makanan juga didapati bermantaat untuk penternak menguruskan makanan dan pembahagian makanan mengikut kolam udang galah.


 

Article Details

Section
Science and Technology