Kertas Konsep Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi untuk Pembangunan Modul Peningkatan Imaginasi – Kreatif (PIK) Prasekolah Berasaskan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional.

Main Article Content

Nurul Jannah Binti Kamaruddin
Abdul Halim Masnan

Abstract

Kajian ini menggunakan aplikasi kaedah Fuzzy Delphi untuk membentuk modul peningkatan imaginasi-kreatif (PIK) prasekolah berdasarkan lagu kanak-kanak Melayu tradisional. Langkah pertama adalah memperoleh persetujuan dari 12 pakar, termasuk pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, pensyarah Jabatan Muzik, guru cemerlang dalam bidang bahasa, dan guru cemerlang prasekolah dengan pengalaman lebih dari 10 tahun. Data diperoleh melalui soal selidik yang terbahagi kepada bahagian demografi, keperluan pembinaan modul, kandungan modul, dan penggunaan lagu dalam modul. Analisis data menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Kertas konsep ini menjelaskan langkah-langkah dalam fasa reka bentuk dan pembangunan modul PIK prasekolah berdasarkan lagu kanak-kanak Melayu. Kajian ini diharapkan memberikan dimensi baharu dalam pendidikan prasekolah terutamanya dalam peningkatan imaginasi-kreatif berasaskan lagu kanak-kanak Melayu tradisional. Dapatan kajian dijangka diperolehi setelah kesemua pakar mengesahkan dokumen yang diedarkan.

Article Details

Section
Education and Social Sciences