Siddiq Fadzil dan Wawasan Pendidikan Al-Hikmah dalam Mengangkat Martabat Keilmuan.
Main Article Content
Abstract
Abstrak
Konsep dan idea pendidikan al-Hikmah telah diangkat sebagai tema penting dalam wacana pendidikan yang dibawa oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil kemana-mana forum dan perbincangan ilmiah dalam dan luar negara. Perjuangan mengangkat elemen pendidikan Islam berpaksikan kepada akhlaq al-karim dengan mengangkat prinsip tazkiyyah dan tarbiyyah adalah asas bagi menjana kekuatan pendidikan al-hikmah yang sebenar. Artikel ini bertujuan membahaskan beberapa tulisan Dato’ Dr Siddiq Fadzil tentang pendidikan al-Hikmah secara menyeluruh yang telah disusun dalam bukunya Himpunan Pidato Kependidikan yang diterbitkan sejak tahun 2009. Artikel ini juga menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengenengahkan tema-tema penting pemikiran pendidikan Islam berdasarkan sumber utama al-Quran dan Sunnah. Artikel ini mendapati bahawa buku Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan terbitan Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) ini sangat sarat dengan elemen pengukuhan dan keprihatinan Dato’ Dr Siddiq Fadzil atas cabaran dan masa depan pendidikan negara dan bagaimana pendidikan masa kini mampu mengangkat nilai kemanusiaan sejagat. Penulisan yang amat bermakna ini amat penting dihadam dan diangkat sebagai teras kekuatan para ilmuwan.