Aplikasi Pengaturcaraan Gol bagi Penstrukturan Yuran Fakulti

Hasnur Hidayah Kamaruddin, Wan Rosmanira Ismail

Abstract


Abstrak

 

Keperluan penyemakan kadar yuran institusi pengajian tinggi semakin penting ekoran daripada pertambahan kos operasi yang meningkat setiap tahun. Walaupun sesebuah institusi pendidikan menawarkan perkhidmatan tanpa menetapkan keuntungan maksimum sebagai objektif utama, sumber kewangan yang dihasilkan seharusnya mencukupi bagi menampung perbelanjaan. Justeru itu, satu proses penetapan kadar yuran perlu distruktur secara sistematik agar menjadi garis panduan dan semakan kepada pihak universiti mahupun fakulti yang terlibat. Kajian ini menggunakan kaedah pengaturcaraan gol dalam pembinaan model penstrukturan yuran. Model yang dihasilkan menggunakan perisian LINGO 12.0 ini bertujuan mengoptimumkan kadar yuran di samping dapat menampung perbelanjaan operasi fakulti. Selain itu, struktur prioriti yang optimum turut dibangunkan untuk memenuhi had atas, had bawah dan nisbah relatif kadar yuran untuk setiap subjek yang ditawarkan oleh pihak fakulti.

 

Abstract

 

The needs to revise the fees of higher education institutions have become more important due to the increase of operating cost. Eventhough these institutions do not set any maximum profit as the main objective, the financial resources generated through fees paid by students intake should be sufficient to cover all expenditures. Therefore, a systematic fees restructring process needs to be done as guidelines to the university or faculty involved. This study uses a goal programming method in the construction of model structuring fee. The model produced using LINGO 12.0 is intended to optimize the student fees, which later can be used to cover operating expenses in the faculty. In addition, the optimal priority structure can be developed to meet the upper limit, lower limit and the relative ratio for each subject offered by the faculty.


Keywords


Struktur yuran; pengaturcaraan gol; institusi pendidikan

References


Becker, G.S. (1993). Human Capital: A Theoretical and Empirical Analysis, with Special Reference to Education. Chicago: University of Chicago Press.

Greenwood, A.G. & Moore, L. J. (1987). An inter-temporal multi-goal linear programming model for optimizing university tuition and fee structures. The Journal of the Operational Research Society 38(7), 599-613.

Ignizio, J. P. (1976). Goal Programming and Extension. Lexington, Mass: Lexington Books.

Ignizio, J. P. (1992). Pengaturcaraan Linear dalam Sistem Matlamat Tunggal dan Berbilang.Terj. Bidin Yatim & Ahmad Shukri Yahaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imazeki, J. & Reschovsky, A. (2003). Financing adequate education in Rural Settings. Journal of Education Finance 29, 137-156.

Maxwell, A. A. (2010). Application of Goal Programming Model for Budgeting in Rivers State University of Science and Technology, Port Harcourt. Continental J. Social Sciences 3, 65-70.

McClatchey, C.A. (1998). A multi-criteria model for optimizing university tuition structures. Journal of Applied Business Research 14(2), 117-128.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.